Sunday 20 March 2016

Random Story: Rindu


Siapa tak rindu pada wajah orang tua yang sudah lama tidak bersua. (tettt..3 bulan je...lusa balik kampung..yeyayy)

Walaupun sudah berkahwin, ada Mr Baby, tapi tetap rindu nak bermanja-manja dengan mak dan abah. Rindu.

Rindu sangat.

Rindu apabila menyingkap kembali, suasana panas matahari yang memancar pada tengah hari sewaktu balik sekolah. Aku turun dari van sekolah lalu memekik memanggil mak. Berlari-lari mendapatkan mak.

"Mak.. Mak... Mak masak apa hari tok?" (Mak masak apa hari ni?)

Terjerit-jerit, terlompat-lompat... Manja dengan mak. Sudah besar pun manja pada mak.
Mak seperti biasa, duduk di bilik menjahitnya. Muka yang sentiasa ceria, menyambut kepulanganku dari sekolah.

Mak, orangnya tidak pandai bermasam muka. Mak seorang wanita yang tabah. Mak memang selalu membebel, tetapi setiap apa yang dibebelnya memang benar. Mak.

Mak, orangnya sederhana, ceria. Tiada siapa boleh meneka rawan di hatinya.

Mak, kalau susah, tidak pernah merungut pada orang lain, tetapi aku kenal benar raut wajahnya.

Mak, wanita yang tangkas. Kalau masak, sekejap sahaja semuanya sudah terhidang. hihi

Rindu. Kalaulah mak tahu hati ini rindu pada zaman dahulu, tentu mak tidak membenarkan aku terbang jauh menyeberangi laut cina selatan.

Teringat kembali saat-saat aku menerima tawaran untuk sambung belajar di Pulau Pinang.
Pulau Pinang, satu tempat yang tidak pernah aku jejaki. Meninggalkan rumah pun tidak pernah. Apatah lagi tidur jauh dari mak dan abah.

Mak menangis gembira. "Pergilah. Pergilah kalau kau betul sayangkan mak."
"Sikmok. Kamek mok abiskan form 6 dan sambung degree"

Mak kembali menangis. Akhirnya aku tewas dengan air mata mak. Aku pergi.
Aku pergi ke semenanjung, seorang diri. Berbekalkan nasihat dan doa mak abah.
Belajar di Penang, praktikal di Johor. Semasa semua tesis dan target kerja habis, aku "ter"berkenalan dengan suami. Semuanya terjadi sangat pantas. Aku tak kenal sangat pun dengan Mr Baby ni tapi entahlah. Semakin aku ragu, semakin banyak perkara yang buat aku rasa yakin, inilah jodoh aku. Kalau dah jodoh, aku dari Sarawak pun boleh bertemu dengan Mr Baby dari Pahang. Jauh kot... !@#$%~~

Aku tanya mak. Kenapa mak setuju kalau aku kahwin dengan orang jauh. Mak jawab, mak cuma nak anaknya gembira, dan mak yakin dengan Mr Baby, bahawasanya dia boleh menjaga, membimbing, menggembirakan, membahagiakan dan bertanggungjawab pada syurga anaknya.

Aku tak salahkan mak sebab menangis-nangis suruh aku belajar jauh. Aku redha pada takdir yang Allah tulis untuk aku. Inilah jalan hidup aku.

Mak. Mak.
Sekarang anak mak tetap rindu mak.
Walaupun sekarang dah tinggal jauh dari mak. Cuma 19tahun tinggal serumah dengan mak abah, 4tahun di perantauan dan sekarang dengan suami, tetap rumah mak abah yang paling selesa dan membahagiakan.

Mak, doakan kmk banyak rezeki k. Kmk akan balit selalu. Selagi nyawa dikandung badan, selagi nafas masih silih berganti dengan hembusan, selagi kudrat masih kuat, laut cina selatan akan sentiasa diseberangi untuk peluk mak dan abah.

Abah yang lebih mesra aku panggil bapak. Bapak yang sangat lembut hati. Bapak yang sanggup basah kena hujan demi anak-anaknya.

Bapak. Aku masih ingat, sewaktu aku kecil, tangan bapaklah yang sentiasa aku pegang erat.Masih terngingang di telingaku, lagu yang selalu bapak nyanyikan untuk memujuk aku untuk pulang.

"Gelang Si paku gelang,
Gelang si rama-rama,
Pulang marilah pulang,
marilah pulang,
Bersama bapak..
Pulang, marilah pulang,
marilah pulang,
bersama bapak"

Bapak. Satu-satunya lelaki yang tidak pernah membuatkan hati aku hancur. Berpanas-panas menantikan aku untuk pulang dari sekolah. Wajah pertama yang aku akan cari ketika balik dari sekolah. Wajah itu sentiasa ada, menanti di bawah pohon, pohon yang sangat lebat daunnya. Cepat-cepat memegang tangan aku.Senyuman sentiasa terukir di wajahnya.

Bapak. Tersenyum riang apabila menerima gaji. "Jom pergi beli laptop."
Aku melompat-lompat kegirangan. Masih tidak mengerti, mengapa bapak mahu membelikan aku komputer riba yang harganya mencecah seribu. Sangat susah untuk bapak mengumpul sebanyak itu.
Aku lihat beg duit bapak tinggal beberapa keping duit seringgit.
Aku lihat senyuman bapak masih terukir. Sejuk.

Tidak aku lupa, semasa aku meningkat dewasa, bapak semakin hari semakin tegas, semakin garang.
Pantang salah sikit, aku dipukulnya.
Kerana dia bimbang, anak perempuannya yang tunggal ini tersilap langkah.

Bapak. kmk rindu bapak.
Mak..Bapak.. hurmmm (T.T)
Terlalu banyak kenangan bersama mak dan bapak.Terlalu banyak.

...

Allah, aku memohon syurga untuk mak dan abah. 

Terlalu banyak kenangan. Semoga aku cepat-cepat boleh balik Sarawak dan peluk mak bapak.
hihihi

xoxo,
Anak Mak dan Bapak yang cantik :)





(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..

Tuesday 15 March 2016

Love Story: 5 Sebab Kenapa Lelaki atau Perempuan Tawar hati


Entry kali ini berbaur Cinta. Saya kurang gemar untuk menulis entry yang berat sebelah kerana sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya punya hati. Masing-masing boleh merasa sedih, sakit dan gembira. Mungkin cara pengendalian emosi yang berbeza.

5 Sebab Kenapa Lelaki atau Perempuan tawar hati

1. Sering ditipu
Siapa yang suka dirinya ditipu? Angkat tangan??? Tiada seorang pun dalam dunia ni suka dirinya ditipu apatah lagi dengan orang yang sangat disayangi. Mungkin pada mulanya, kita masih boleh marah dan merajuk apabila pasangan menipu. Sekali, dua kali dan seterusnya. Akhirnya kita memilih untuk berdiam diri. Sebab? Malas nak bergaduh, penat nak bergaduh, rindu pada suasana bahagia. Akhirnya kita memilih untuk mendiamkan diri dan meneruskan kehidupan dengan rentak-rentak kebohongan. 
Image result for love hurts

2.Curang
Apabila wujudnya orang lain dalam perhubungan, kepercayaan sudah hilang dalam hati ni. Rasa seperti ditikam dari belakang, rasanya sungguh sakit. Tapi, seringkali kita malas mahu berbalah. Perasaan kita mula mati. Lebih-lebih lagi apabila kita sendiri yang menyaksikan kecurangan tersebut. Rasa diri seperti serba kekurangan, serba buruk dan lusuh. Sudah tidak disayangi lagi. 
Image result for love hurts

3. Tidak mengambil berat a.k.a "buat derk"
Lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya pasti  memerlukan perhatian. Jika kamu langsung taknak ambil tahu, taknak ambil berat, pasangan akan mudah berjauh hati. Sebagai analoginya, apabila pasangan tiba-tiba berkecil hati, kita tidak mahu peduli. Kita merasa diri kita sentiasa benar dan betul. Ingat ye, dalam sesuatu perhubungan, bukan "siapa salah, siapa betul" atau "siapa kalah,siapa menang".. Hubungan ialah "memberi dan menerima". Kalau pasangan merajuk, pujuklah. Kalau itu yang boleh buat pasangan kembali tersenyum,bukankah itu satu perkara yang baik? Daripada buat derk memanjang. Akhirnya, pasangan mula tawar hati. Malas mahu peduli. Hubungan menjadi bosan, hambar, tawar dan tidak lagi mesra. Best ke macam tu? mengalah lah... 
Image result for love hurts

4. Panas Baran
Apabila bergaduh sahaja, semua perkataan kesat keluar. Mula-mula berkata kesat, lama-lama angkat tangan. Takutnya. Lama-lama memang tawar hati dibuatnya. Point ni rasanya terlalu jelas sangat. Tidak perlu untuk diperjelas dengan panjang lebar.
Image result for love hurts

5. Gemar berahsia
Ada jenis pasangan yang tidak suka privasinya diganggu. Sedangkan kalau tiada apa yang salah dilakukan,untuk apa mahu berahsia bukan. Diri akan terasa seperti orang asing, memang tawar hati dibuatnya. Sampai satu tahap, kita malas mahu ambil tahu. Tawar. Memang tawar hati.

Tidak ada satu pun hubungan yang sempurna. Tidak mungkin pasangan kita sesempurna apa yang kita impikan. Sekiranya pasangan masih melakukan 5 perkara ini, mungkin ini adala salah satu hint daripada Allah s.w.t. Pasangan mencerminkan diri kita. Percaya atau tidak, ubah diri sendiri. 

1. Kalau rasa sakit, sabar.
2. Kalau banyak cakap, banyak buat salah.
3. Kalau marah-marah, makin sakit hati.
4. Kalau stress, kelak mengganggu kesihatan.
5. Fikir yang positif, in sya Allah , Allah bersama kita.
6. Kalau sedih, mengadu pada Allah, Allah sentiasa dengar.
7. Luangkan masa memanjakan diri;pergi bersenam, spa, urut badan, memasak masakan yang sedap-sedap.
8. Belajar memahami pasangan.
9. Belajar hormat pasangan.
10. Jaga hati pasangan.


Jadilah pecinta yang terbaik. Sekiranya masih disakiti, jangan bimbang. Serahkan pada Allah. 
Sekali kita ditipu, malulah kita. Tapi dua tiga kali kita ditipu, malulah dia. **think deep
Tidak mungkin kita fikir yang bukan-bukan sekiranya pasangan kita pandai menjaga hati. Tapi zaman ini, jarang jumpa yang menjaga hati ni. So, jum jaga hati sendiri! ;p


xoxo,
MD




(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..

Monday 14 March 2016

Random story: Kinohimitsu Beauty Collagen


ok..ok...sila ambil satu..hihihi

Dalam aspek penjagaan kulit, kaum yang cantik ni lebih mengambil berat berbanding dengan kaum yang kacak ni.. sebab itulah produk kecantikan di luar sana lebih banyak dicipta khusus untuk kaum cantik. 

Sebelum ni, aku dah guna macam-macam jenis produk. K-Colly, Aura White dan Vit C yang bermacam-macam jenis. Semuanya sebab ketaksuban untuk cantik dan putih melepak....uhuk uhuk uhuk
tapi semuanya tak bertahan lama... collagen dan vit ntah ke mana.. ^^ sekejap je bersemangat.
Now, aku dah start balik untuk jaga kulit memandangkan usia semakin bertambah ni..lalala
This is Kinohimitsu Beauty Collagen.
Nak review sikit je sebab tak pasti semangat nak minum collagen ni bertahan lama atau tidak. 
1.Setakat 12 hari minum collagen ni sebenarnya meningkatkan keyakinan diri je. 
2.Parut-parut jerawat memang semakin pudar. 
3. Kalau pakai bedak, tak bercapuk pulak.. ntah la..perahsantan je kot..hahaha

Yeay! At least ada minum sesuatu, mybe perlukan masa yang panjang untuk menunjukkan perubahan kan.... (^^,) 

My advice, kalau ambil apa-apa ubat atau supplemant, kena banyak minum air putih ni sebab takut pulak effect kat buah pinggang. Minum banyak air je lah..

Ok~ ni entry tak berbayar so tak boleh nak cerita panjang-panjang..

nak cantik, cantik juga. tapi kalau cantik mulut busuk tak best juga.. Jangan lupa floss gigi! 
mudah dan sekejap je buat. barulah cantik dan wangi gituuu...


xoxo,
MD





(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..

Sunday 13 March 2016

Dental story: Jom datang Klinik Gigi!! :)


Siapa cakap kalau sakit gigi je kena datang klinik?
Sebenarnya, kalau kita lebih peka, kita boleh datang untuk mendapatkan pemeriksaan gigi di klinik. Walaupun cuma GIGI.... 

Terdapat 3 fungsi gigi yang utama iaitu:-
1. Percakapan : Bayangkan macam mana bunyi yang terhasil kalau gigi tiada? 
2. Paras rupa : Bayangkan kalau artis-artis tiada gigi depan. 
3. Mengunyah makanan : Paling PENTING sbb tiap hari kita nak makan sedap-sedap. Hilang 1 nikmat kehidupan kalau gigi rosak.

Bila kita boleh hadir ke klinik?
- Sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Sekiranya mempunyai masalah, anda dinasihatkan untuk datang lebih kerap. (3 atau 6 bulan sekali)

Bagaimana?
-Senang je. Bawa kad pengenalan dan rm1 untuk pendaftaran di klinik kerajaan.

(^_^) senang kan nak dapatkan gigi yang cantik ala-ala Fazura dalam iklan TV?
1. berus gigi 2 kali sehari
2. berus gigi di depan cermin
3. Gunakan flos
4. Periksa gigi sekali setahun
5. Kurangkan makanan dan minuman yang manis
6. Minum susu
7. Makan makanan yang berkhasiat
8. Amalkan gaya hidup sihat dan jauhi rokok/tembakau

Selamat ber"gigi" cantik untuk semua pembaca!! :)

xoxo,
MD


(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..

Dental story: Gigi depan "roboh"


Petang-petang ahad macam ni, Syiokk sangat kalau ada goreng pisang cecah sambal kicap. Bolehlah makan sambil-sambil baca blog pasal gigi ni.

Banyak ibu bapa yang bertanya kepada saya, kenapa saya tak cabut gigi anak mereka yang telah rosak teruk di bahagian hadapan.

Mengapa misi / doktor tak cabut?
-sebagai "space maintainance"
-sebagai panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh agar gigi kekal tidak tumbuh berselerak
-anak-anak yang baru berumur 2-3 tahun terlalu muda untuk didedahkan dengan jarum suntikan. kita berharap agar anak-anak suka dan gembira apabila berjumpa misi / doktor gigi.
 kita tidak mahu mereka trauma dan takut disebabkan oleh pengalaman mereka.

Namun begitu, sekiranya kebersihan mulut tidak dijaga, gigi tersebut akan bengkak dan bernanah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka untuk memberus gigi di rumah.
Sekiranya keadaan gigi semakin teruk (sakit + bernanah), rawatan cabutan terpaksa dibuat. (kalau boleh, taknak sangat2, kesian....)

(karies botol susu)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. tsk tsk tsk

berikut merupakan peranan ibu bapa dalam pengawasan pengambilan gula untuk kanak-kanak:-
1. elakkan mencampur gula ke dalam susu yang hendak diberikan kepada anak.
2. jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu di dalam mulut. (kerap kali ibu bapa tidak bersetuju dengan statement ini; namun inilah salah satu penyebab gigi anak anda rosak).
3. elakkan mencelup puting susu dengan gula atau manisan.
4. kurangkan memberi makanan bergula kepada anak.
5. pilih buah-buahan yang berkhasiat sebagai peganti snek.
6. untuk anak remaja, gantikan susu pekat manis dengan susu segar atau susu rendah lemak.

Haishhh.. mudah sahaja sebenarnya! (^_^)
masa sgt mencemburui misi ni. Next entry kita akan sambung cerita lagi.

(kesian gigi shomey dalam mulut rosak, sayangi lah gigi ok? )

xoxo,
MD






(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..