Sunday 20 March 2016

Random Story: Rindu


Siapa tak rindu pada wajah orang tua yang sudah lama tidak bersua. (tettt..3 bulan je...lusa balik kampung..yeyayy)

Walaupun sudah berkahwin, ada Mr Baby, tapi tetap rindu nak bermanja-manja dengan mak dan abah. Rindu.

Rindu sangat.

Rindu apabila menyingkap kembali, suasana panas matahari yang memancar pada tengah hari sewaktu balik sekolah. Aku turun dari van sekolah lalu memekik memanggil mak. Berlari-lari mendapatkan mak.

"Mak.. Mak... Mak masak apa hari tok?" (Mak masak apa hari ni?)

Terjerit-jerit, terlompat-lompat... Manja dengan mak. Sudah besar pun manja pada mak.
Mak seperti biasa, duduk di bilik menjahitnya. Muka yang sentiasa ceria, menyambut kepulanganku dari sekolah.

Mak, orangnya tidak pandai bermasam muka. Mak seorang wanita yang tabah. Mak memang selalu membebel, tetapi setiap apa yang dibebelnya memang benar. Mak.

Mak, orangnya sederhana, ceria. Tiada siapa boleh meneka rawan di hatinya.

Mak, kalau susah, tidak pernah merungut pada orang lain, tetapi aku kenal benar raut wajahnya.

Mak, wanita yang tangkas. Kalau masak, sekejap sahaja semuanya sudah terhidang. hihi

Rindu. Kalaulah mak tahu hati ini rindu pada zaman dahulu, tentu mak tidak membenarkan aku terbang jauh menyeberangi laut cina selatan.

Teringat kembali saat-saat aku menerima tawaran untuk sambung belajar di Pulau Pinang.
Pulau Pinang, satu tempat yang tidak pernah aku jejaki. Meninggalkan rumah pun tidak pernah. Apatah lagi tidur jauh dari mak dan abah.

Mak menangis gembira. "Pergilah. Pergilah kalau kau betul sayangkan mak."
"Sikmok. Kamek mok abiskan form 6 dan sambung degree"

Mak kembali menangis. Akhirnya aku tewas dengan air mata mak. Aku pergi.
Aku pergi ke semenanjung, seorang diri. Berbekalkan nasihat dan doa mak abah.
Belajar di Penang, praktikal di Johor. Semasa semua tesis dan target kerja habis, aku "ter"berkenalan dengan suami. Semuanya terjadi sangat pantas. Aku tak kenal sangat pun dengan Mr Baby ni tapi entahlah. Semakin aku ragu, semakin banyak perkara yang buat aku rasa yakin, inilah jodoh aku. Kalau dah jodoh, aku dari Sarawak pun boleh bertemu dengan Mr Baby dari Pahang. Jauh kot... !@#$%~~

Aku tanya mak. Kenapa mak setuju kalau aku kahwin dengan orang jauh. Mak jawab, mak cuma nak anaknya gembira, dan mak yakin dengan Mr Baby, bahawasanya dia boleh menjaga, membimbing, menggembirakan, membahagiakan dan bertanggungjawab pada syurga anaknya.

Aku tak salahkan mak sebab menangis-nangis suruh aku belajar jauh. Aku redha pada takdir yang Allah tulis untuk aku. Inilah jalan hidup aku.

Mak. Mak.
Sekarang anak mak tetap rindu mak.
Walaupun sekarang dah tinggal jauh dari mak. Cuma 19tahun tinggal serumah dengan mak abah, 4tahun di perantauan dan sekarang dengan suami, tetap rumah mak abah yang paling selesa dan membahagiakan.

Mak, doakan kmk banyak rezeki k. Kmk akan balit selalu. Selagi nyawa dikandung badan, selagi nafas masih silih berganti dengan hembusan, selagi kudrat masih kuat, laut cina selatan akan sentiasa diseberangi untuk peluk mak dan abah.

Abah yang lebih mesra aku panggil bapak. Bapak yang sangat lembut hati. Bapak yang sanggup basah kena hujan demi anak-anaknya.

Bapak. Aku masih ingat, sewaktu aku kecil, tangan bapaklah yang sentiasa aku pegang erat.Masih terngingang di telingaku, lagu yang selalu bapak nyanyikan untuk memujuk aku untuk pulang.

"Gelang Si paku gelang,
Gelang si rama-rama,
Pulang marilah pulang,
marilah pulang,
Bersama bapak..
Pulang, marilah pulang,
marilah pulang,
bersama bapak"

Bapak. Satu-satunya lelaki yang tidak pernah membuatkan hati aku hancur. Berpanas-panas menantikan aku untuk pulang dari sekolah. Wajah pertama yang aku akan cari ketika balik dari sekolah. Wajah itu sentiasa ada, menanti di bawah pohon, pohon yang sangat lebat daunnya. Cepat-cepat memegang tangan aku.Senyuman sentiasa terukir di wajahnya.

Bapak. Tersenyum riang apabila menerima gaji. "Jom pergi beli laptop."
Aku melompat-lompat kegirangan. Masih tidak mengerti, mengapa bapak mahu membelikan aku komputer riba yang harganya mencecah seribu. Sangat susah untuk bapak mengumpul sebanyak itu.
Aku lihat beg duit bapak tinggal beberapa keping duit seringgit.
Aku lihat senyuman bapak masih terukir. Sejuk.

Tidak aku lupa, semasa aku meningkat dewasa, bapak semakin hari semakin tegas, semakin garang.
Pantang salah sikit, aku dipukulnya.
Kerana dia bimbang, anak perempuannya yang tunggal ini tersilap langkah.

Bapak. kmk rindu bapak.
Mak..Bapak.. hurmmm (T.T)
Terlalu banyak kenangan bersama mak dan bapak.Terlalu banyak.

...

Allah, aku memohon syurga untuk mak dan abah. 

Terlalu banyak kenangan. Semoga aku cepat-cepat boleh balik Sarawak dan peluk mak bapak.
hihihi

xoxo,
Anak Mak dan Bapak yang cantik :)





(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..

No comments:

Post a Comment