Sunday 13 March 2016

Dental story: Gigi depan "roboh"


Petang-petang ahad macam ni, Syiokk sangat kalau ada goreng pisang cecah sambal kicap. Bolehlah makan sambil-sambil baca blog pasal gigi ni.

Banyak ibu bapa yang bertanya kepada saya, kenapa saya tak cabut gigi anak mereka yang telah rosak teruk di bahagian hadapan.

Mengapa misi / doktor tak cabut?
-sebagai "space maintainance"
-sebagai panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh agar gigi kekal tidak tumbuh berselerak
-anak-anak yang baru berumur 2-3 tahun terlalu muda untuk didedahkan dengan jarum suntikan. kita berharap agar anak-anak suka dan gembira apabila berjumpa misi / doktor gigi.
 kita tidak mahu mereka trauma dan takut disebabkan oleh pengalaman mereka.

Namun begitu, sekiranya kebersihan mulut tidak dijaga, gigi tersebut akan bengkak dan bernanah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka untuk memberus gigi di rumah.
Sekiranya keadaan gigi semakin teruk (sakit + bernanah), rawatan cabutan terpaksa dibuat. (kalau boleh, taknak sangat2, kesian....)

(karies botol susu)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. tsk tsk tsk

berikut merupakan peranan ibu bapa dalam pengawasan pengambilan gula untuk kanak-kanak:-
1. elakkan mencampur gula ke dalam susu yang hendak diberikan kepada anak.
2. jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu di dalam mulut. (kerap kali ibu bapa tidak bersetuju dengan statement ini; namun inilah salah satu penyebab gigi anak anda rosak).
3. elakkan mencelup puting susu dengan gula atau manisan.
4. kurangkan memberi makanan bergula kepada anak.
5. pilih buah-buahan yang berkhasiat sebagai peganti snek.
6. untuk anak remaja, gantikan susu pekat manis dengan susu segar atau susu rendah lemak.

Haishhh.. mudah sahaja sebenarnya! (^_^)
masa sgt mencemburui misi ni. Next entry kita akan sambung cerita lagi.

(kesian gigi shomey dalam mulut rosak, sayangi lah gigi ok? )

xoxo,
MD






(^o^) Arigato sebab sudi membaca.. Like kalau suka or give Comment utk membaiki segala kekurangan.. Maaf sekiranya ada salah and silap..

No comments:

Post a Comment